Semakin jelas dan nyata rakyat menolak pemimpin muda dalam UMNO kerana mereka ini tidak faham dan tidak mampu menghayati perjuangan bangsa. Memang jelas terasa perbezaan asas perjuangan diantara pemimpin lama dalam UMNO dengan pemimpin baru.
Pemimpin lama UMNO berjuang dan diangkat menjadi pemimpin manakala pemimpin muda berjuang untuk diangkat menjadi pemimpin yang kemudiannya menggunakan kesempatan yang ada untuk mengangkat diri mereka serta kroni mereka dan melempahkan diri dengan segala macam projek dari kerajaan.
Apakah mereka fikir rakyat tidak sedar dan tidak melihat apa yang mereka lakukan? Apabila bangsa diancam dan dihina oleh kaum lain mereka tidak mampu kehadapan untuk pertahankan maruah bangsa. Bahkan ada yang pada suatu ketika berani mencium keris namun apabila di'gertak' menjadi takut dan menikus lalu memohon maaf atas kesalahan yan g tidak pun dilakukan.
Ini kah pemimpin pejuang bangsa Melayu? Alangkah malunya menjadi kita menjadi bangsa Melayu yang sentiasa takut dan ditakutkan oleh kerana pemimpin kita yang sebenarnya penakut.
Pemimpin muda kita lahir didalam istana besar, mereka tidak merasai pahit jerih erti perjuangan. Hanya kita rakyat marhaen yang berjuang dan bermandikan peluh. Perlukan lagi kita mengangat mereka yang penakut untuk menjadi pemimpin dan ketua kita? Jika itu yang kita lakukan, kita sebenarnya hanya membina sebuah bangsa yang penakut di bumi sendiri.
Baca sindiran Husin Lempoyang tentang pemimpin muda KJ ini atau juga dikenali sebagai si-kitol. Baca tentang penubuhan OMAK nya dan Pukimma nya disini; Khairy tunda penubuhan OMAK
No comments:
Post a Comment